Bila kita bercakap tentang audience di Facebook & Instagram, ada tiga jenis audience yang kita maksudkan iaitu Core Audience, Custom Audience dan Look A Like Audience.

Ketiga-tiga audiences ini mempunyai kegunaan berbeza berdasarkan strategi kita. Oleh itu elok jika kita tahu ciri-ciri ketiga-tiga audience ini.

Core Audience

Core Audience adalah menggunakan database pengguna Facebook secara umum untuk kita sampaikan iklan di newsfeed profil pengguna Facebook & Instagram. Core Audience sangat sesuai untuk memulakan kempen target kepada fresh audience. Apabila kita ingin memulakan kempen baru atau membuat iklan semula pada kempen lama tapi target kepada audience baru.

Pencirian yang boleh di buat adalah berdasarkan tiga elemen iaitu demografik, minat (interest) dan aktiviti (behavior) mereka ketika melayari internet dan media sosial.

Demografik adalah pemilihan berdasarkan umur, lokasi, jantina dan mungkin bahasa mereka gunakan.

Minat (interest) adalah pemilihan audience berdasarkan kepada page di Facebook & Instagram yang mereka ikut (follow/like) atau menunjukkan minat kepada sesuatu topik atau platform.

Aktiviti (behavior) adalah pemilihan audience berdasarkan aktiviti pembelian mereka secara online, atau trend ketika mereka menunjukkan minat untuk membeli (show intent), penggunaan peranti (device) seperti telefon pintar, komputer dan juga penggunaan rangkaian seperti 4G, 3G dan WiFi ketika melayari internet.

Walaupun pencirian telah di buat di bahagian demografik dan detailed targeting, kita boleh anggap ketepatan tidak sepenuhnya. Pada logiknya jika saiz core audience kita adalah 100,000 mungkin ciri-ciri yang memenuhi kriteria membeli adalah pada kadar 10% ke bawah iaitu 10,000 profil pengguna Facebook.

Kerana itu, penggunaan Custom Audience dan Look A Like Audience dapat membantu mencapai kepada profil pengguna Facebook yang memenuhi kriteria pembeli kita. Bagaimana?

Custom Audience

Custom Audience boleh di buat di bahagian Audience di dalam Facebook Ads Manager dan terbahagi kepada dua sumber. Sumber pertama daripada sumber kita sendiri, seperti gambar di bawah.

Sumber website menggunakan Facebook Pixel, Apps Activity menggunakan SDK, Customer List dan Offline Activity dengan cara upload database kita ke Facebook untuk Facebook mula matchkan dengan database profil pengguna Facebook.

Sumber-sumber di atas semuanya daripada Facebook dan iklan yang kita buat. Sebagai contoh video kita boleh buat custom audience berdasarkan cara mereka menonton video kita samada 3 saat, 10 saat dan 15 saat ataupun kita boleh buat custom audience berdasarkan peratusan mereka menonton video 25%, 50%, 75& dan 95% daripada keseluruhan durasi video. Contoh kedua adalah leads form, kita boleh buat custom audience mereka yang buka dan hantar borang ataupun mereka yang buka tetapi tidak hantar borang. Strategi retargeting ini membantu untuk ingatkan, dan ingatkan dan ingatkan berkali-kali prospek yang telah menunjukkan minat untuk buka borang leads kita dan hantar.

Look A Like Audience

Look A Like Audience adalah klon-klon yang kita buat menggunakan Custom Audience Kita, dengan syarat Custom Audience kita minima 1,000 database. Jika kurang daripada itu, kurang effective Look A Like Audience kita.

Saiz Look A Like Audience dibahagikan mengikut peratusan (daripada 1% kepada maksima 10%) against population sesuatu negara. Contoh Malaysia mempunyai 28 juta, jika kita pilih 1% daripada population Malaysia, maka saiz terkecil Look A Like Audience kita adalah 280,000 sehingga maksima 10% 2,800,000.

Kriteria peratusan mempengaruhi ketepatan ciri-ciri audience di dalam Look A Like Audience kita dengan Custom Audience. Semakin kecil peratusan, semakin tepat ciri-ciri mengikut Custom Audience cuma saiz Look A Like Audience kita kecil, dan sebaliknya berlaku bila peratusan Look A Like Audience semakin besar.

Kita kena compromise ketepatan ciri-ciri mengikut Custom Audience dengan saiz Look A Like Audience.

Itulah sedikit sebanyak tentang tiga audience yang ada di Facebook dan Instagram. Audience mana sesuai dengan strategi kita?