Semasa saya aktif dalam hartanah, menerima rejection ni ibarat satu keperluan. Tiada rejection satu hari boleh jadi gian. Cuma bila dah lama tidak dapat rejection, sekali kena hati jadi tisu pulak. Kelakar pun ada!

Dalam perniagaan dan proses jualan, menerima “rejection” adalah norma kekal. Sebabnya itulah usahawan jiwa perlu kental, minda perlu ligat dan tubuh perlu kuat.

Tamparan hebat buat saya minggu sudah apabila kertas kerja yang diusahakan selama satu tahun telah terlepas dari mendapat tanggungjawab untuk menjalankan. Tamparan peribadi yang mendewasakan, apabila rasa terkilan cetusan idea tidak dihabiskan dan kita redha dengan ketetapan-Nya.

Allah memberi apabila kita bersedia walaupun kita berkehendakkan.
Allah memberi yang terbaik kita perlukan bukan yang kita berkehendakkan.

Saya habiskan beberapa hari merawat hati dan menerima keadaan itu. Normal, kerana saya juga manusia.

Sebagai usahawan jangan menidakkan perasaan kerana normal bagi setiap manusia untuk berperasaan.
Karang kemurungan dan boleh gila. HaHa

Kita gembira bila datang bahagia
Kita menangis bila jelma kesedihan
Kita teruja bila hadir impian

Ambillah masa merawat hati dengan menerima dan seterusnya langkah kehadapan. Elakkan terbawa-bawa dengan emosi secara berpanjangan.

Ingat ya sahabat usahawan.
Apabila mereka menolak kertas kerja / cadangan kita, bukanlah mereka tidak sukakan diri kita secara peribadi.
Mereka menolak atas kapasiti cadangan produk / servis / idea kita bukanlah sempurna untuk objektif organisasi tersebut.

Moratorium akan berakhir 30 September ini. Cabaran sebenar baru bermula untuk kita usahawan. Selamat berjuang, pejuang ekonomi Malaysia.

Hafiz Jazz