Usahawan kita sangat kreatif lebih-lebih lagi apabila menyelam di lubuk duit, Facebook & Instagram. Kita jumpa dengan beberapa cara mereka beat algorithm Facebook, dapat elak sipi-sipi dan lepas saringan Facebook. Orang lain iklan tak lepas, kita berjaya lepas. Genius.

Cuma tak semua sifu-sifu rela kongsi rahsia beat sistem Facebook macam yang akan saya kongsikan pesanan di bawha ini.

Wahai penunggang mazhab-mazhab buatan sendiri, sifu-sifu yang di kagumi. Mohon hentikanlah menulis dan menyebarkan kepalsuan.

Mengucap panjang bila dapat forward mesej begini:

Selalu kami berpesan kepada usahawan yang hadir ke kelas, tolonglah sedar diri!

Kita menumpang di rumah orang, maka bersopan dan beradablah. Benda yang tak boleh buat, janganlah buat. Nanti tuan rumah menyampah di hambat dengan penyapu.

Setiap fungsi di Facebook ada tujuan tersendiri. Kita tengok iklan orang di luar negara amat straight forward. Takde pun acah-acah viral sangat. Isu kelambu pun tak di tayangkan. Apatah lagi ajaran sesat salah ejaan dan segala macam toknek punya pantang larang.