HafizJazz

Alhamdulillah, di atas kepercayaan rakan strategik, misi Hafiz Jazz bantu usahawan dapat di laksanakan

Hafiz Jazz

Hafiz Jazz memulakan kerjaya bersama Malaysia Airlines di Dubai, United Arab Emirates sebagai Marketing Analyst selama 3 tahun.

Antara tanggungjawab Hafiz Jazz adalah membuat analisa dan merangka perancangan jualan dan pemasaran untuk Asia Barat, Afrika Selatan dan Pakistan.

Kembali ke tanahair, Hafiz Jazz berkecimpung di dalam bidang hartanah sebagai Perunding Hartanah selama 6 tahun bermula tahun 2012 hingga 2018.

Pada tahun 2015, Hafiz Jazz memulakan usaha pertanian moden. Hafiz Jazz ditawarkan oleh Pejabat Pertanian Raub untuk mengusahakan tanaman Nangka Madu, Durian Belanda dan Durian Musang King di atas 10 ekar tanah di Raub di bawah program Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

 

2009

Penganalisa

Mula kerjaya bersama Malaysia Airlines, bertanggungjawab menyediakan analisa dan cadangan strategik rantau Afrika dan Timur Tengah termasuk negara Turkey dan Pakistan.

2012

Perunding Hartanah

Kerjaya sebagai perunding hartanah banyak mengajar selok-belok pelaburan hartanah dan proses jualan hartanah. Fokus lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur dan pinggiran Kuala Lumpur.

2018

Aktivis Ekonomi Digital

Penglibatan dalam aktiviti berkongsi ilmu pemasaran digital berlaku secara tidak sengaja. Bermula sebagai seorang pengamal yang aktif menggunakan media sosial untuk aktiviti hartanah dan marketplace untuk perniagaan produk secara kecil-kecilan.

Langkah

Perkhimatan Hafiz Jazz

ASAS PEMASARAN DIGITAL – MEDIA SOSIAL

Facebook & iNstagram adalah dua platform media sosial pilihan usahawan. Fahami kehendak dan aktiviti pelanggan di media sosial untuk mendapatkan formula pemasaran kreatif.

PEMBANGUNAN LAMAN WEB – ECOMMERCE

Bengkel membangunkan laman web dan eCommerce untuk usahawan matang yang ingin menambah rangkaian jualan digital. Bengkel ini menggunakan aplikasi WORDPRESS.

FORENSIK STRATEGI PEMASARAN

Kos pemasaran makin mahal menjadikan usahawan takut untuk membuat iklan di media sosial. Antara sebab ialah kempen pengiklanan tidak menyokong jualan iklan dan capaian kepada target pasaran.

GOOGLE BANTU PERNIAGAAN

Google membantu usahawan dengan fungsi-fungsi seperti mendaftarkan perniagaan di peta Google dan fungsi menaikkan SEO dan iklan berbayar di ruang Google Search dan Youtube

MENEROKA MARKETPLACE

Marketplace adalah seperti pasaraya di dunia digital. Usahawan boleh “menumpang” platform marketplace untuk peluang mendapatkan jualan segera.

JUALAN KREATIF

Modul advance  membawa cabaran close sales di dalam kelas. Usahawan akan mengharungi 12 jam kelas dan di kongsikan teori dan praktikal art of selling 

 

Berjaya