Bagaimana pemilik Formula 1 menjadi model pada poster Hublot, jenama jam mewah menarik perhatian saya. Gambar Bernie Ecclestone pada poster itu juga lain dari yang lain.

Ada WOW factor!

Jam Hublot yang di pakai Bernie bernilai £200,000 di curi semasa beliau berjalan-jalan. Sudahlah jam dicuri, muka Bernie teruk mengalami kesan lebam kerana di tumbuk pencuri tersebut.

Apa yang Bernie lakukan seterusnya mengejutkan dan CEO Hublot tidak berfikir panjang untuk merisik beliau menjadi model Hublot.

Bernie mengambil muka yang penuh kesan lebam dan hantar kepada CEO Hublot dengan tulisan yang sangat positif dan kreatif.

“See what people will do for a Hublot!”

“Lihat apa orang sanggup lakukan untuk Hublot!”

Bayangkan luar biasa positif Bernie walaupun di uji kehilangan jam mewah dan muka teruk di tumbuk masih mampu berkongsi aura positif. Jika saya sendiri berada di tempat Bernie tidak pasti apa ayat-ayat kemarahan yang keluar.

Dan kerana email tersebut, maka terhasil lah poster Hublot dengan wajah Bernie yang lebam. Itu pun kerana permintaan Bernie untuk Hublot kekal menggunakan gambar tersebut.

Kreatif! Gambar dan gaya penulisan yang kena!