Bila kita makan durian sekilo mencecah RM 30-50, pisang RM 2-4 sekilo, Durian Belanda RM 10-15 sekilo kita teruja untuk mula bercucuk tanam.

Suka saya ingatkan modal pertanian bila di himpunkan sama banyak jika kita mulakan satu perniagaan franchise. Purata modal permulaan (CAPEX) perniagaan franchise di Malaysia bermula daripada RM100 ribu ke atas. Begitulah banyaknya modal pertanian sehingga hasil pertanian keluar.

Cumanya pertanian kurang mendapat bantuan pinjaman komersil tidak seperti perniagaan franchise. Pertanian tidak glamour. Siapa je yang sudi ke tapak pertanian.

Cabaran pertanian adalah manpower. Kerana kurangnya glamour sektor ini anak tempatan kurang berminat bekerja kecuali orang asal. Maka dependency kepada warga asing tinggi.

Cabaran seterusnya adalah musuh tanaman samada yang hidup (haiwan perosak) atau penyakit.

Begitulah kehidupan mereka yang bergiat dalam pertanian. Sektor perniagaan anda bagaimana?